SIB PTC

Sidang Injil Borneo Papar Town Centre
Kebaktian Umum: Ahad 9:00am
Persekutuan Doa: Jumaat 7:30pm


Menjadi Serupa Dengan Kristus - 2 Korintus 3:18

News

Kebaktian Minggu, Merdeka dari keinginan kedagingan

Kotbah - Pta Tinggih
Pimpin Pujian
PKK
Muzik
Muzik
Jemaat Tuhan

Kebaktian Minggu
Pengkotbah: Pastor Jackson
Tema: Pemberian Persepuluhan
Kejadian 21:8-14. Galatia 5:19-21

Apakah itu Merdeka daripada keinginan daging?

Hidup bebas daripada perbuatan kedagingan.

Musuh Manusia ialah:-
1. Iblis
2. Keinginan kedagingan (Galatia 5:17)

Seperti dalam Galatia 4:29, Ismail menganiaya ishak. Ismail itu melambangkan keinginan daging yang membuli keinginan roh yang akan menghalang kita daripada berdoa. Anak yang merdeka adalah mereka yang hidup di dalam Roh. Elakkan hidup di dalam kedagingan seperti yang tertulis di dalam Galatia 5:19-21.

Tetapi hiduplah di dalam Roh (Baca Galatia) dan hiduplah dalam pimpinan Roh. Kerana sekiranya keinginan kedangingan itu telah menguasai maka kita akan susah untuk meninggalkan keinginan itu. Jangalah kita diikat dari keinginan kedagingan kerana sebagai anak merdeka sudah dilahirkan dalam Roh. (Roma 8:5)

Bagaimana hidup dalam Roh
1. Mengandalkan dan bersandarkan kepada Tuhan dan bukannya manusia.
2. Membiarkan diri dipimpin oleh Roh (Galatia 5:18)
3. Selalu Berdoa
4. Melakukan hubungan intim dengan Tuhan melalui Firman Tuhan.

Kita haruslah mengalahkan ismail yang ada didalam diri kita (yang melambangkan kedagingan) dan menjadikan ishak dalam diri yang melambangkan kehidupan dalam Roh. Hiduplah di dalam Roh dan bukan dalam keinginan daging.
Related Posts:

Pages