SIB PTC

Sidang Injil Borneo Papar Town Centre
Kebaktian Umum: Ahad 9:00am
Persekutuan Doa: Jumaat 7:30pm


Menjadi Serupa Dengan Kristus - 2 Korintus 3:18

News

About Us - Sejarah dan Latar Belakang

Gereja SIB Papar Town Centre ditubuhkan dan dimulakan di tengah-tengah Pekan Papar pada 17 Ogos 2008 dan pada ketika itu beroperasi di tingkat 1 (Belakang) , Lot 16. Jalan Bunga Raya, Pekan Papar, bersebelahan Bangunan Panggung Papar. Penubuhan sebagai gereja lokal ini dipelopori oleh 3 hamba Tuhan pada ketika itu ialah Pta. Daniel Kilat, Pta. George Yutop dan Mendiang Pastor Kapung Palali.

Pada akhir bulan oktober 2009, SIB Papar Town Centre telah berpindah ke permis baru di Tingkat 1, Lot 6, Papar Warehouse Industrial. Permis baru yang di sewa secara bulanan ini menawarkan kemudahan beribadah kepada para pengunjung, jemaat dari sidang setempat yang turun ke pekan Papar pada awal pagi hari ahad, dari pelajar JPSM, dari pelajar kristian SMK. Majakir dan individu yang sedang mencari tempat beribadah.

Bermula hanya dengan 3 orang penaja di awal penubuhannya, SIB Papar Town Centre kini dihadiri seramai 80 hingga 100 orang jemaat setiap minggu. Penubuhan SIB Papar Town Centre merupakan satu langkah positif bagi menyahut VISI SIB SABAH iaitu mempunyai gereja di setiap Pekan dan Bandar di seluruh Negeri Sabah menjelang tahun 2020.

Pages