SIB PTC

Sidang Injil Borneo Papar Town Centre
Kebaktian Umum: Ahad 9:00am
Persekutuan Doa: Jumaat 7:30pm


Menjadi Serupa Dengan Kristus - 2 Korintus 3:18

News

Camping PKK gabungan PW dan Wira



Syukur puji Tuhan kerana acara camping di AACampsite, Bolotikon, Papar anjuran PKK bersama-sama dengan PW dan Wira PTC, telah berjalan dengan sangat baik walaupun pada ketika itu ada banyak cabaran bermula dari pencarian tempat camping sampai lah kepada keadaan cuaca yang tidak begitu mengizinkan lebih - lebih lagi aktiviti ini melibatkan anak-anak sekolah minggu. Namun Ibu ibu dan bapa bapa yang sangat 'sporting' telah memberi satu inspirasi kejayaan camping ini.

Namun itu kita sangat percaya bahawa kejayaan camping ini bukan atas kekuatan kita sendiri tetapi merupakan penyertaan Tuhan, 2 Tesalonika 3:18 "Kasih karunia Yesus Kristus, Tuhan kita, menyertai kamu sekalian!"


Antara aktiviti aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Sukaneka, mendirikan kem, saat teduh, aktiviti mandi sungai dan banyak lagi. 



Tidak lain tidak bukan aktiviti seperti ini bukan hanya untuk acara camping semata-mata, bukan setakat bersuka ria, tetapi aktiviti ini dapat melatih anak anak kecil untuk mengerti bahawa apapun aktiviti-aktiviti yang dilakukan di luar gereja, aktiviti Berdoa itu sangat penting. Dalam hal ini ibu-ibu dan Bapa bapa serta muda-mudi juga tidak terkecuali. Mari kita doakan agar iman percaya anak anak kecil dapat dilatih sejak kecil lagi. Amen



Related Posts:

Pages