ARTIKEL 8:
SIDANG LOKAL
A. KEANGGOTAAN DAN PENUBUHAN SIDANG LOKAL
8.1. Sidang lokal ialah sekumpulan lebih daripada dua puluh (20) orang
anggota- anggota penuh yang selalu berhimpun untuk beribadah dan berbakti
kepada Tuhan menurut ajaran-ajaran Alkitab dan berlandaskan matlamat dan asas
doktrin SIB; serta telah diiktiraf dan diterima oleh Persidangan SIB.
8.2 Anggota Penuh
Kelayakan menjadi anggota penuh sesebuah sidang lokal ialah:
Sudah menerima Tuhan Yesus
Kristus menjadi Tuhan dan Penyelamatnya;
Sudah dibaptis melalui
baptisan air;
Berumur lapan belas (18)
tahun ke atas;
Memiliki Kad Keanggotaan
SIB;
Takluk kepada semua
peruntukan Perlembagaan ini dan semua peraturan SIB; dan
Tersenarai dalam Daftar Anggota Sidang Lokal berkenaan.
8.3 Anggota Bersekutu
Kelayakan menjadi anggota bersekutu sesebuah sidang lokal ialah:
(i ) Anak kepada anggota penuh sidang lokal itu dan berumur di bawah
lapan belas (18) tahun; atau
(ii) Seorang yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas yang sudah
menerima Tuhan Yesus Kristus menjadi Tuhan dan Penyelamatnya dan sudah dibaptis
dalam air, tetapi beribadah di sidang itu kurang dari enam (6) bulan; atau
(iii) Seorang yang berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas yang
sentiasa mengunjungi sidang itu tetapi belum menerima Tuhan Yesus sebagai Tuhan
dan Penyelamat peribadinya, dan bermastautin disekitar sidang lokal berkenaan
bersama anak-anaknya (sekiranya ada).
8.4 Sesebuah sidang lokal haruslah menyediakan suatu Daftar Anggota
Sidang Lokal sama ada sebagai anggota penuh atau anggota bersekutu.
8.5 Sesebuah sidang lokal yang baru didirikan dan memenuhi
syarat-syarat yang terkandung dalam Artikel 8, Fasal 8.1 di atas boleh memohon
untuk didaftarkan sebagai ahli SIB, dengan persetujuan sidang induk yang
mendirikan sidang lokal tersebut, melalui Majlis Eksekutif kepada Majlis Umum
yang akan membentangkan permohonan tersebut di mana-mana Persidangan SIB untuk
kelulusan.
8.6 Hanya anggota-anggota penuh yang berdaftar sahaja yang layak
mengundi dan bersuara dalam sesuatu mesyuarat sidang lokal.
8.7 Seseorang anggota penuh atau anggota bersekutu sidang lokal
kehilangan keanggotaan sekiranya:
8.7.1 Telah berpindah dari
lokaliti sidang lokal tersebut; atau
8.7.2 Tidak hadir untuk
beribadah di sidang lokal tersebut untuk tempoh satu (1) tahun dan ke atas;
atau
8.7.3 Berhenti sebagai anggota sidang lokal tersebut; atau
8.7.4 Bertukar agama; atau
8.7.5 Atas sebab-sebab lain yang menurut persetujuan Majlis Sidang
lokal boleh mengakibatkan seseorang itu kehilangan keanggotaan.
8.8 Sesebuah Sidang Lokal boleh membentuk Badan-badan Pelayanan untuk
kepentingan jemaah iaitu PelayananWira,Wanita, Muda-Mudi, Kanak-Kanak dan badan
lain yang diluluskan oleh Majlis Umum SIB.
B. MESYUARAT-MESYUARAT SIDANG LOKAL
8.9 Mesyuarat Agung Sidang Lokal.
8.9.1 Anggota-anggota penuh sesebuah sidang lokal hendaklah mengadakan
Mesyuarat Agung Sidang Lokal sekurang-kurangnya satu kali dalam tiga (3) tahun.
8.9.2 Notis memanggil Mesyuarat Agung hendaklah diberi
sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari sebelum mesyuarat itu dimulakan dan
mengandungi agenda-agenda yang akan dibincang dan diputuskan
8.9.3 Korum bagi Mesyuarat Agung Sidang Lokal hendaklah tidak kurang
satu perdua (1/2) daripada jumlah
anggota penuh yang berdaftar.
8.9.4 Mesyuarat Agung Sidang Lokal hendaklah dipengerusikan oleh Ketua
Majlis Kawasan yang berkenaan atau wakilnya yang bukan dalam kalangan anggota
Majlis Sidang Lokal itu.
8.9.5 Mesyuarat Agung Sidang Lokal hendaklah memilih dalam kalangan
anggota Penuh yang layak menurut prinsip-prinsip Alkitab (Titus 1:5-9) satu
bilangan mengikut keperluan jemaah sidang lokal berkenaan Diaken dan Diakenis
untuk menganggotai Majlis Sidang Lokal itu bersama-sama dengan Penatua atau
Penatua-Penatua sidang lokal berkenaan
8.9.6 Majlis Sidang Lokal hendaklah memilih dalam kalangan mereka yang
terdiri dari Pastor-Pastor dan Penatua-Penatua untuk jawatan Ketua, Setiausaha
dan Bendahari Sidang serta jika perlu Timbalan atau Penolong bagi masing-masing
Jawatan tersebut.
8.9.7 Hanya anggota-anggota penuh yang berdaftar sahaja yang layak
mengundi dan bersuara dalam sesuatu mesyuarat dankeputusan haruslah
berlandaskan. Perlembagaan SIB, prinsip-prinsip Alkitab dan undi majoriti.
8.9.8 Mesyuarat Agung Sidang Lokal hendaklah melantik Juruaudit dalam
kalangan anggotanya yang bukan anggota Majlis Sidang Lokal itu.
8.9.9 Agenda Mesyuarat Agung Sidang Lokal adalah seperti berikut:
(i) Ucapan Ketua Majlis Sidang:
(ii) Mengesahkan dan Membincangkan perkara berbangkit dari Minit
Mesyuarat yang lalu;
(iii) Pembentangan,
Pembahasan dan Penerimaan Laporan-Laporan Pelayanan. Sidang;
(iv) dan Penerimaan Laporan
Kewangan;
(v) Pembahasan Pembentangan,
Pembahasan dan Pembentangan Penerimaan Anggaran Belanjawan;
(vi) dan Pembentangan,
Pembentangan Memutuskan Usul atau usul-usul;
(vii) Pembubaran dan
Pembentukan semula Majlis Sidang
(viii) Pelantikan Juruaudit
Sidang.
8.9.10 Badan-badan Pelayanan
sebagaimana dalam Artikel 8, Fasal 8.8 perlu mengadakan Mesyuarat Agung mereka
terlebih dahulu sebelum Mesyuarat Agung Sidang Lokal diadakan.
8.10 Mesyuarat Tahunan
Sidang Lokal
8.10.1 Mesyuarat Tahunan
Sidang Lokal hendaklah diadakan sekali setiap tahun, kecuali pada tahun
Mesyuarat Agung Sidang Lokal.
8.10.2 Notis memanggil
Mesyuarat Tahunan hendaklah diberi sekurang-kurangnya empat belas (14) hari
sebelum mesyuarat itu dimulakan dan mengandungi agenda-agenda yang akan
dibincangdan diputuskan.
810.3 Korum bagi Mesyuarat
Tahunan Sidang Lokal hendaklah tidak kurang satu perdua (1/2) daripada jumlah
anggota penuh yang berdaftar.
8.10.4 Mesyuarat Tahunan
Sidang Lokal hendaklah dipengerusikan oleh Ketua Majlis Kawasan yangberkenaan
atau wakilnya yang bukan dalam kalangan anggota Majlis Sidang Lokal itu.
8.10.5 Agenda-agenda
Mesyuarat Tahunan Sidang Lokal adalah seperti berikut
(i ) Ucapan Ketua Majlis
Sidang;
(ii) Mengesahkan dan
Membincangkan perkara-perkara berbangkit dari Minit Mesyuarat yang lalu;
(iii) Pembentangan,
Pembahasan dan Penerimaan Laporan Pelayanan Sidang Lokal;
(iv) dan Pembahasan
Pembentangan dan Penerimaan Laporan Kewangan; dan
(v) Pembentangan,
Pembahasan dan Penerimaan Anggaran
Belanjawan;
(vi) Pembentangan,
Pembahasan atau atau Memutuskan Usul atau usul-usul;
8.11 Mesyuarat Agung Luar Biasa Sidang Lokal.
8.11.1 Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Sidang Lokal hendaklah diadakan
jika Majlis Penatua atau Majlis Sidang Lokal menganggap itu perlu untuk
memutuskan sesuatu perkara pada bila-bila masa, atau jika tidak kurang daripada
setengah (1/2) jumlah anggota penuh Sidang Lokal berkenaan yang meminta supaya
mesyuarat itu diadakan.
8.11.2 Notis memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa Sidang Lokal itu
hendaklah diberi dalam tempoh dua puluh (20) hari selepas menerima permintaan
untuk mengadakan mesyuarat itu dan disampaikan sekurang-kurangnya tiga puluh
(30) hari sebelum Mesyuarat Agung Luar Biasa Sidang Lokal itu dimulakan dengan
mengandungi agenda-agenda yang akan dibincangkan.
8.11.3 Korum bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa Sidang Lokal hendaklah
tidak kurang satu perdua (1/2) daripada jumlah yang layak menghadiri. Mesyuarat
Agung Luar Biasa Sidang Lokal yang tidak memenuhi korum hendaklah menetapkan
satu tarikh lain yang tidak kurang daripada dua puluh (20) hari daripada tarikh
Mesyuarat yang asal dan Mesyuarat tersebut diteruskan walaupun tidak memenuhi
korum. Hanya anggota-anggota penuh yang berdaftar sahaja yang layak mengundi
dan bersuara dalam sesuatu mesyuarat dan keputusan haruslah berlandaskan Perlembagaan
SIB, prinsip-prinsip Alkitab dan berdasarkan undi majoriti
8.11.4 Agenda Mesyuarat Agung Luar Biasa Sidang Lokal adalah seperti
berikut:
(i) Ucapan Ketua Majlis Sidang
(ii) Pembentangan, Pembahasan atau Respon dan Penerimaan hal-hal yang
berkenaan (iii) Ucapan Penutupan Ketua Majlis Sidang.
C. MAJLIS SIDANG LOKAL
8.12 Majlis Sidang Lokal adalah terdiri daripada mereka yang dipilih
mengikut Artikel 8, Fasal 8.9.5 dan 8.9.6 Perlembagaan ini
8.13 Sidang Lokal yang belum ada Pastor atau Penatua, Majlis Sidang
boleh terdiri dari para Diaken dan Diakenis yang dipilih mengikut Artikel 8,
Fasal 8.9.5 Perlembagaan ini. Majlis Sidang Lokal berkenaan akan diletakkan di
bawah pengawasan Majlis Kawasan sehinggalah Majlis Penatua telah dibentuk di
sidang lokal berkenaan.
8.14 Penatua atau Penatua-penatua Sidang Lokal adalah mereka yang
dicadangkan oleh Sidang Lokal, telah dipersetujui oleh Majlis Kawasan dan
ditahbis oleh Majlis Eksekutif dalam kalangan pemimpin-pemimpin sidang lokal
yang layak dilantik sebagai Penatua menurut prinsip-prinsipAlkitab (1
Tim.3:1-7, Titus 1:5-9). Penatua atau Penatua-penatua berkenaan memegang
peranan penting dalam kepimpinan rohani sebagai penasihat pentadbiran dan
menjadi sebahagian dari Majlis Sidang Lokal tanpa perlu dipilih melalui proses
pemilihan.
8.15 Majlis Sidang Lokal
lazimnya dipengerusikan oleh Reverend atau Pastor atau Penatua atau Diaken
sidang itu mengikut urutan kekananan mereka.
8.16 Jika mana-mana jawatan
Majlis Sidang menjadi kosong atas apa-apa sebab yang diterima oleh Majlis
Sidang berkenaan, maka Majlis Sidang Lokal tersebut boleh melantik Ahli Majlis
Sidang yang lain untuk mengisi kekosongan itu.
8.17 Tanggungjawab dan
tugas-tugas Majlis Sidang Lokal termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, yang
berikut:
8.17.1 Melaksanakan
resolusi-resolusi Mesyuarat Agung Sidang Lokal;
8.17.2 Memimpin dan
mentadbir sidang lokal itu;
8.17.3 Memilih tiga (3)
orang di kalangan mereka untuk menjadi wakil ke Mesyuarat Kawasan mengikut
kekananan mereka dalam Majlis Sidang itu;
8.17.4 Mengemukakan Laporan
Sidang yang mengandungi laporan pelayanan, laporan kewangan, belanjawan dan
Daftar Anggota sidang lokal kepada Majlis Kawasan;
8.17.5 Menjaga dan
memelihara harta sidang lokal dan dokumen-dokumen rasmi sidang lokal;
8.17.6. Mengembangkan
pelayanan-pelayanan sidang lokal;、
8.17.7 Membantu mencapai
matlamat-matlamat SIB;
8.17.8 Mencari dana menurut
keperluan Sidang Lokal;
8.17.9 Melaksanakan
resolusi-resolusi Majlis Kawasan;
8.17.10 Merujuk isu-isu
Sidang Lokal yang tidak dapat diselesaikan di peringkat sidang kepada Majlis
Kawasan.
8.18 Mesyuarat Majlis Sidang
Lokal hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam dua (2) bulan.
8.19 Korum bagi Mesyuarat
Majlis Sidang Lokal hendaklah tidak kurang satu perdua (1/2) daripada jumlah
ahli majlis tersebut.
ARTIKEL 9:
PELAYANAN-PELAYANAN SIDANG INJIL BORNEO
9.1 SIB boleh menubuhkan sesuatu pelayanan untuk merancang dan
melaksanakan perkembangan pelayanan SIB di peringkat Pusat, Kawasan dan Sidang
Lokal dan pelaksanaan pelayanan itu hendaklah di bawah bimbingan dan penyeliaan
Majlis Eksekutif, Majlis Kawasan dan
Majlis Sidang mengikut peringkat masing-masing.
9.2 Pelayanan-pelayanan yang
boleh ditubuhkan adalah seperti berikut.
Pelayanan Wira.
Pelayanan Wanita:
Pelayanan Pemuda-Pemudi;
Pelayanan Kanak-Kanak; dan
Pelayanan-pelayanan lain
yang dipersetujui oleh Majlis Umum.
9.3 Pelayanan-pelayanan
tersebut di atas boleh mentadbir hal-ehwal sendiri, merancang aktiviti dan
kewangannya sesuai dengan matlamat SIB.
ARTIKEL 10:
BADAN-BADAN SIDANG INJIL BORNEO
10.1 SIB boleh menubuhkan sesuatu badan untuk merancang dan
melaksanakan perkembangan pelayanan SIB dan pelaksanaan pelayanan badan-badan
itu hendaklah dibawah bimbingan Majlis Umum dan Majlis Eksekutif.
10.2 Badan-badan yang boleh ditubuhkan adalah seperti:
i) Institusi Alkitab SIB; dan
ii) Badan-badan lain yang dipersetujui oleh Majlis Umum.
ARTIKEL 11:
KEWANGAN SIDANG INJIL BORNEO
11.1 SIB boleh memperolehi, mentadbir dan menggunakan kewangan di
peringkat pusat, kawasan dan sidang lokal untuk tujuan pentadbiran dan
pengurusan serta pengembangan pelayanan.
11.2 Kewangan SIB diperolehi melalui persepuluhan dari persembahanan
anggota-anggotanya, persembahan mingguan, persembahan khusus,
sumbangan/peruntukan dari kerajaan, pemberian sukarela dan derma ikhlas dari
gereja-gereja dan individu-individu dari dalam dan luar negeri.
11.3 Kewangan SIB hendaklah digunakan untuk membiayai pelaksanaan
matlamat-matlamat SIB seperti yang termaktub dalam Perlembagaan ini dan
ketetapan Persidangan SIB.
11.4 Kewangan SIB dalam semua peringkat pusat, kawasan, sidang lokal
dan badan-badan pelayanan hendaklah disimpan di dalam akaun Bank atas nama
Sidang Injil Borneo (diikuti oleh nama pusat, kawasan, sidang lokal atau
badan-badan pelayanan berkenaan) setelah dipersetujui oleh Majlis Eksekutif
atas kapasiti sebagai Pemegang Amanah Sidang Injil Borneo.
11.5 Penandatangan dan Pengeluaran wang dari akaun SIB adalah seperti
berikut;
i) Penandatangan Akaun SIB Pusat hendaklah antara Presiden Setiausaha
Agung dan Bendahari Agung. Pengeluaran wang boleh ditandatangani oleh dua
(2)daripada tiga (3) Penandatangan
ii) Penandatangan Akaun Kawasan, Sidang Lokal dan Badan-badan pelayanan
masing-masing hendaklah antara, Ketua atau Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.
Pengeluaran wang boleh ditandatangani oleh dua (2) daripada tiga (3)
Penandatangan.
11.6 Laporan kewangan yang telah diaudit hendaklah dibentangkan dalam
mana-mana Persidangan SIB, dan dalam Mesyuarat Agung dan Tahunan di peringkat
Kawasan, Sidang Lokal dan Badan-badan Pelayanan.
ARTIKEL 12:
HARTA BENDA SIDANG INJIL BORNEO DAN PEMEGANG AMANAH
12.1 SIB boleh memperolehi harta tetap seperti tanah, bangunan dan
sebagainya untuk keperluan pelayanannya melalui perolehan dari pihak berkuasa,
pembelian, pemberian dan warisan dari anggota-anggotanya atau pihak-pihak
dermawan lain.
12.2 Harta tetap itu akan menjadi milik mutlak SIB yang diletakkan di
bawah tanggungjawab Pemegang Amanah.
12.3 Mereka yang terpilih sebagai Presiden SIB, Setiausaha Agung SIB
dan Bendahari Agung SIB, mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini adalah
dengan secara automatik menjadi Pemegang Amanah SIB sepanjang masa mereka
memegang jawatan tersebut.
12.4 Semua hartanah SIB akan dipegang oleh ketiga-tiga Pemegang Amanah
tersebut bagi pihak SIB.
12.5 Pemindahan penama pemilikan hendaklah dibuat sebaik sahaja atau
dalam tempoh yang tidak melebihi satu (1) tahun berlaku peralihan tanggungjawab
PemegangAmanah SIB.
ARTIKEL 13:
PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Perlembagaan ini hanya boleh dipinda atau ditambah oleh mana-mana
Persidangan SIB kecuali Artikel-artikel 2, 3 dan 13 di dalam Perlembagaan ini.
13.2 Setiap cadangan untuk meminda Perlembagaan ini haruslah
dikemukakan oleh Majlis Umum; atau dikemukakan secara bertulis oleh perwakilan
Majlis Kawasan kepada Setiausaha Agung dengan menerangkan pindaan yang
dicadangkan itu. Cadangan itu
hendaklah disampaikan tidak kurang daripada satu (1) bulan sebelum tarikh
mana-mana Persidangan-persidangan SIB diadakan.
13.3 Cadangan tersebut akan
dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Umum untuk dibincangkan dan jika
dipersetujui, ianya akan dikemukakan kepada mana-mana persidangan SIB. Segala
pindaan Perlembagaan ini hanya boleh dilakukan jika tidak kurang dua pertiga (2/3
)daripada jumlah perwakilan yang hadir dan layak mengundi dalam Persidangan SIB
tersebut bersetuju dengan pindaan berkenaan.
13.4 Sebarang pindaan yang
telah diluluskan oleh mana-mana Persidangan SIB akan berkuatkuasa mulai
daripada tarikh yang ditetapkan oleh Persidangan SIB tersebut.
ARTIKEL 14:
PELANTIKAN JURUAUDIT
14.1 Persidangan Agung SIB
hendaklah melantik Juruaudit luar yang bertauliah untuk mengaudit akaun-akaun
SIB sekali setahun Pelantikan itu akan berkuat-kuasa hingga-tarikh Persidangan
Agung yang berikutnya.
14.2 Persidangan Agung SIB
atau Persidangan Tahunan SIB hendaklah melantik Juruaudit dalaman dalam
kalangan anggota SIB yang berkelayakan untuk mengaudit akaun SIB
sekurang-kurangnya sekali setahun.
14.3 Mesyuarat Agung
Kawasan, Sidang Lokal dan Badan-badan Pelayanan hendaklah melantik Juruaudit
dalaman dalam kalangan anggota SIB yang berkelayakan untuk mengaudit akaun
Kawasan, Sidang Lokal dan Badan-badan Pelayanan tersebut mengikut tahun
kewangan masing-masing.
14.4 Laporan Audit hendaklah
disertakan dalam Laporan Kewangan dalam mana-mana Persidangan SIB, dan dalam
Mesyuarat Agung dan Tahunan di peringkat Kawasan, Sidang Lokal dan Badan-badan
Pelayanan.
ARTIKEL 15:
DISIPLIN DAN TATATERTIB ANGGOTA SIDANG INJIL BORNEO (SIB)
15.1 Semua perkara atau pertikaian tentang doktrin, liturgi, disiplin,
amalan sidang, pentadbiran dan pelaksanaannya hendaklah diselesaikan oleh SIB
sendiri. Seorang anggota atau anggota-anggota sidang lokal atau Sidang-Sidang
Lokal, sama ada secara bergabung atau berasingan tidak boleh membawa
perkara-perkara atau pertikaian-pertikaian ke mahkamah mana-manapun (1 Korintus
6:1-7).
(i) Sebarang perkara atau pertikaian seperti yang tersebut dalam
Artikel 15, Fasal 15.1 di atas akan dirujuk kepada sidang lokal bagi
penyelesaiannya, jika perkara atau pertikaian tersebut tidak dapat diselesaikan
maka perkara itu akan dirujukkan oleh Sidang lokal kepada Majlis Kawasan bagi
penyelesaiannya;
ii) Jika Majlis Kawasan tidak dapat menyelesaikan perkara atau
pertikaian yang dibawa kepadanya, perkara atau pertikaian itu hendaklah dirujuk
kepada Majlis Eksekutif atau Majlis Umum bagi
penyelesaiannya;
(iii) Jika Majlis Eksekutif atau Majlis Umum tidak dapat menyelesaikan
perkara atau pertikaian tersebut, maka mereka akan merujukkan perkara atau
pertikaian itu kepada mana-mana Persidangan SIB bagi keputusannya, dan
keputusan mana-mana PersidanganSIB itu adalah keputusan muktamad dan tidak
boleh dipersoalkan di mahkamah mana-manapun.
15.2 Tindakan disiplin dan tatatertib boleh dikenakan terhadap
mana-mana anggota di atas salah laku moral, kekhilafan dan, atau pelanggaran
mana-mana bahagian perlembagaan dan peraturan-peraturan SIB dalam mana-mana
peringkat iaitu pusat, kawasan, sidang lokal, dan badan-badan pelayanan.
15.3 Majlis Sidang, Majlis Penatua Sidang, Majlis Kawasan, Majlis Pusat
dan Majlis Umum adalah badan yangbertindak untuk meneliti mana-mana salah laku,
kekhilafan atau pelanggaran anggota; seterusnya membuat keputusan dan tindakan
yang perlu.
15.4 Tindakan disiplin dan tatatertib berkenaan hendaklah dipatuhi oleh
semua pihak yang berkenaan. Ketidakpatuhan mana-mana pihak terhadap mana-mana
keputusan atau tindakan disiplin dan tatatertib tersebut boleh menyebabkan
tindakan disiplin dan tatatertib selanjutnya.
15.5 Sekiranya seseorang Ahli Majlis mana-mana Majlis diperingkat
Sidang Lokal, Kawasan dan Pusat SIB gagal menghadiri mesyuarat sebanyak tiga
(3) kali berturut-turut tanpa sebab maka keahliannya dalam majlis berkenaan
boleh digugurkan.
ARTIKEL 16:
PERHUBUNGAN SIDANG INJIL BORNEO DENGAN KERAJAAN
16.1 Sidang Injil Borneo patuh kepada Kerajaan yang telah dipilih
secara sah di sisi undang-undang dalam Kerajaan Malaysia selaras dengan
pengajaran Alkitab sepertimana yang terkandung dalam Roma 13:1-3a.
16.2 Sidang Injil Borneo menghormati dan mendukung Rukun Negara,
Malaysia
16.3 Anggota SIB bebas melibatkan diri dalam politik tanpa menyalahi
undang-undang dan peraturan negara. Pekerja penuh masa SIB tidak boleh memegang
sebarang jawatan dalam mana-mana parti politik serta berkempen untuk mana-mana
pihak dalam politik.
Rujukan: Buku Perlembagaan SIB Sabah
إرسال تعليق